Welcome to ForexCyber

Tempat Rujukan Info Forex Anda

" Forez ibarat harta karun dunia yang penuh dengan perangkap bahaya..Kita harus licik dan pintar mengatasi perangkap-perangkap itu supaya kita dapat mengambil harta karun itu dengan selamat..."

Sebarang cadangan, pertanyaan dan saranan sila email
ke ( support@forexcyber.tk
)

Pasar FOREX ialah urusniaga jualbeli pertukaran matawang. Dalam ertikata lain, pasaran FOREX ialah tempat dimana satu matawang dibeli dan di jual dan ditukarkan ke matawang lain.

Sebagai contoh, satu urusniaga FOREX adalh pertukaran Ringgit Malaysia ke US Dolar. Satu lagi contoh urusniaga ialah pertukaran Yen Jepun ke Euro.

Sebenarnya , saya boleh katakana bahawa anda dan semua orang ( walaupun datuk dan nenek kita di kampung ) terlibat dalam FOREX secara tidak langsung . Kenapa ?

Begini… katakanlah anda membeli sesuatu barangan import seperti alatan elektrik, alat ganti kereta malah susu, daging , keju dan sebagainya.

Pengimport atau pedagang antarabangsa ini sebenarnya perlu membayar kos modal tersebut dengan matawang ringgit Malaysia ( RM ) yang telah ditukar kepada matawang asing seperti Australian Dollar ( AUD ) , New Zealand Dollar ( NZD), US Dollar (USD ), Japanese Yen ( JPY ) dan sebagainya.

Begitulah juga pekebun-pekebun getah di Malaysia akan mengeksport getah ke pasaran ( Melalui Pengeksport ) dan perlumenjualnya ke pasaran dunia berdasarkan nilai matawang.

Maka secara tidak langsuyng, apabila kita membeli sesuatu barangan, kita juga sebenarnya menyumbang kepada naik atau turunya pasaran FOREX ini. Sekarang, dengan contoh yang mudah ini, anda nampak kenapa FOREX MENJADI PASARAN DAGANGAN YANG PALING BESAR DI DUNIA ?. Ya , kerana kita sebenarnya terlibat setiap hari secara langsung atau tidak langsung di dalam pasaran FOREX.

Image Hosted by ImageShack.us