Welcome to ForexCyber

Tempat Rujukan Info Forex Anda

" Forez ibarat harta karun dunia yang penuh dengan perangkap bahaya..Kita harus licik dan pintar mengatasi perangkap-perangkap itu supaya kita dapat mengambil harta karun itu dengan selamat..."

Sebarang cadangan, pertanyaan dan saranan sila email
ke ( support@forexcyber.tk
)

Selamat datang ke dunia FOREX. FOREX, FX ialah singkatan kepada FOREIGN EXCHANGE ialah satu sistem tukaran matawang sedunia.Dengan kepesatan system computer dan inetrnet, FOREX menjadi lebih popular berkembang pesat dari hanya di uruskan oleh syarikat2 keewangan yg besar seperti Bank2 hinggalah kepada individu-individu yg kecil seperti kita. Dikatakan bahawa jumlah transaksi mata wang setiap hari menjangkau 2.5 trillion, dan angka ini terus berkembang menjadikan FOREX ialah satu urusan keewangan yg paling pantas dan terbesar di dunia.


Kenali Pair
Apakah itu Pair? Pair ialah istilah untuk matawang yg dibandingkan untuk diniagakan. Cth pair ialah seperti EUR/USD (EU), GBP/USD (GU), EUR/YEN dll.Cara untuk meniagakan pair ini ialah apabila kita memilih pasangan matawang seperti EUR/USD. Sebagai cth, jika pair EUR/USD itu diniagakan sebanyak EUR/USD=1.5000 dan anda membeli pair tsb maka bermakna utk setiap 1.5EUR yg anda jual, anda membeli (menerima) 1USD.


Apakah itu PIP
Pip: Perubahan kecil yg berlaku kepada pergerakan harga
Cth: GU 1.9070, menjadi 1.9000, maka PIP ialah 70pips.

Buy dan Sell adalah istilah pertama yg anda kena pelajari dalam memulakan trading didalam forex.

** Buy bermaksud anda membeli pair utama dgn menjangkakan pair utama akan menjadi kukuh. Cth beli GBP utk pair GBP/USD dalam keadaan pair tersebut Bullish.

** Sell bermaksud anda membeli pair kedua dgn menjangkakan pair kedua tersebut akan menjadi kuat. Cth beli USD utk pair GBP/USD, dalam keadaan pair tersebut Bearish.

** Bullish - adalah istilah utk pair tersebut yg berkecenderungan utk naik.

** Bearish - adalah istilah utk pair tersebut yg berkecenderung utk turun.Istilah2 ini juga dipanggil sebagai Long dan Short, yg mana;

** Buy -> Long ->Bullish
** Sell -> Short ->Bearish


Pending order
Kebanyakan trading platform membenarkan satu fungsi yg dinamakan set order.

Buy stop kalau anda hendak price itu naik dahulu beberapa pips baru anda buy

Sell limit kalau anda hendak price itu naik dahulu baru anda sell.

Buy limit kalau anda hendak price itu turun dahulu beberapa pips baru anda buy.

Sell stop kalau anda hendak price itu turun dahulu beberapa pips baru anda sell.


Stop Loss dan Exit Target
Stop loss (SL) dan Exit target (ET) atau sesetengah org memanggil Target Profit (TP) ialah satu setting yg digunakan bertujuan utk keluar dari pasaran setelah pergerakan market berlaku.

Stop Loss digunakan untuk menghalang posisi anda dari terus mengalami kerugian sekiranya keadaan market itu bergerak kearah bertentangan dengan posisi anda, manakala,

Exit Target digunakan untuk mengambil keuntungan setelah market bergerah kearah posisi anda.Kedua2 fungsi ini sangat penting terutama SL utk anda mengelak dari mengalami kerugian yg besar sehingga satu keadaan dipanggil margin call yg mana server akan secara automatik menutup posisi anda apabila anda mengalami kerugian yg besar sehingga kurang dari 1% dari jumlah margin anda.


Chart sistem didalam forex
Terdapat berbagai2 chart yg sering digunakan oleh para trader dalam melihat harga terkini pasaran. Kita akan menyentuh 3 chart utama sahaja iaitu Line, Candle Stick dan asas Moving Average (MA). Chart price ini amat penting bagi menentukan apakah pergerakan seterusnya market samada follow trend, sideway atau lain2 pattern.

Line Chart
Line chart ialah harga pasaran yg dipaparkan didalam bentuk garis2. Ianya sangat mudah untuk difahami terutamanya kepada mereka yg baru berjinak2 didalam bidang forex. Posisi top dan bottom dpt dilihat dgn lebih jelas dgn pengunaan line chart ini.Dengan di tambah dengan beberapa indi yg lain, ianya dapat membantu utk menentukan kearah manakah pasaran akan bergerak selepas ini.

Candlestick (CS)
Candlestick ialah paparan harga pasaran terkini yg paling popular dikalangan para trader. Ini kerana informasi yg terkandung didalam setiap CS itu sangat bermakna, bergantung kepada kefahaman para trader itu sendiri.

Antara kelebihan2 CS ialah;

Dapat menentukan pettern CS bertujuan utk menentukan pergerakan market seterusnya..

Dapat melihat harga opening, closing, highest bid dan highest offer didalam setiap batang CS

Moving Average (MA)
Moving average bukanlah satu sistem charting, bagamanapun ianya amat penting dan berguna kpd para trader utk difahami. MA ialah asas kepada kebanyakan sistem yg ada sekarang ini spt Vegas, Sidus, Bunnygirl dsb.Antara setting2 asas utk MA ialah Simple Moving Average SMA, Exponential Moving Average EMA dan Weight Moving Average WMA. Terdapat kelebihan masing utk menggunakan mana2 MA tsb.MA pula perlu diletakkan setting parameternya spt period. Period ialah jumlah berapa hari pergerakan market yg akan dikira utk dijadikan sebagai MA. Kebiasaannya trader menggunakan SMA14 dan akan di gandingkan dgn SMA50. Pergerakan kedua2 MA ini yg bersilang dikatakan sebagai satu signal samada utk menjual ataupun membeli pair.



Apa itu Meta Trader Platform?
MT4 ialah satu platform untuk forex trading sama seperti Streamster. MT4 digunakan secara meluas didalam sistem charting kerana platform MT4 sangat sesuai utk penggunaan indikator yg dicipta khas utk satu-satu sistem (Custom Indicator).
Cth seperti penggunaan Bollinger Banddan RSI, tidak dpt jalankan di Streamster ttp dapat di lihat di MT4 platform.
Terdapat byk broker yg menggunakan MT4 utk sistem mereka, salah satu ialah

http://www.interbankfx.com/ .

Utk memahirkan diri dgn sistem MT4 anda dinasihatkan utk menggunakan demo akaun terlebih dahulu sebelum pergi kpd akaun yg betul. Sila fahami terlebih dahulu ttg konsep Lot size, equity, buy, sell, swap dan lain2.

Kelebihan2 MT4
Seperti yg di ulaskan diatas, antara kelebihan utama MT4 ialah Custom Indicator yg mana satu2 indikator yg dihasilkan boleh dimasukkan kedalam sistem MT4. Kelebihan yg kedua ialah mengenai EA (Expert Advisor) yg mana EA ialah satu konsep trading auto, yg mana anda boleh menjalankan trading secara automatik dgn meletakkan syarat2 tertentu seperti, SL dan ET sebelum menjalankan sistem EA tersebut. Antara cth EA yg bagus ialah Firebirds dan Farhad Hill.Sekiranya anda ialah seorang programmer, anda boleh mencipta indicator anda sendiri. Setiap indicator mesti berakhir dgn *.mq4, sementara template pula berakhir dgn *.tpl. Manakala pengaturcaraan yg digunakan ialah C++.


Apa itu of Technical Analysis?
Indicator
Indicator ialah satu set pengiraan matematik berdasarkan kepada harga pasaran.
"In the context of technical analysis, an indicator is a mathematical calculation based on a securities price and/or volume. The result is used to predict future prices".
Penggunaan indicator adalah sgt meluas dikalangan TA trader utk menentukan pergerakan pasaran seterusnya. Antara indicator yg biasa digunakan ialah Moving Average Convergence-Divergence (MACD) dan Relative Strength Index (RSI).

Apa itu oscillator
Oscillator juga adalah seperti indicator malah ada indicator itu sendiri ialah satu set oscillator. Seperti definasi di bawah,Oscillator ialah satu alat yg digabungkan dan dibina hasil dari keputusan indicator, bertujuan utk mengetahui tentang OB(overbought) dan OS(oversold). YG mana market yg sudah pada paras tertinggi ialah OB dan yg terendah ialah OS.
"A technical analysis tool that is banded between two extreme values and built with the results from a trend indicator for discovering short-term overbought or oversold conditions. As the value of the oscillator approaches the upper extreme value the asset is deemed to be overbought, and as it approaches the lower extreme it is deemed to be oversold. The most common oscillators are: the Stochastic oscillator, RSI, ROC and MFI."

Penggunaan Indicator
Setelah anda memasukkan indikator anda atau menggunakan indikator yg asal dari MT4 , maka indikator inilah yg menjadi teras utama pertimbanagn anda dlm menentukan samada ada akan membeli (buy) ataupun menjual (sell) mana2 pair pilihan anda.

Teori 1. Fibonacci
Secara asasnya Fibo mula2 dicipta oleh seorang ahli matematik bernama Leonardo Fibonacci maka sistem pengiraan matematik ini dinamakan sempena nama beliau. Fibo ialah satu set pengiraan matematik yg berasaskan nisbah : 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89.. dan seterusnya.
Secara amnya pengiraan fibo ialah 1+1=2, 2+1=3, 3+2=5 dan seterusnya. Ok jika dibahagikan nombor yg berturut2, 55/89 = 0.618, dan jika dibahagi 2 nombor yg berselang, 21/55 = 0.382.
Tamat mengenai teori matematik, mengapakah fibo penting kpd market? jika setiap benda didunia ini dipengaruhi oleh fibo spt bangunan, pokok, piramid dsb, maka market juga terpengaruh oleh syarat2 fibo. Namun beberapa nombor sahaja yg dipraktikkan oleh trader;

Fibonacci Retracement Levels0.236, 0.382, 0.500, 0.618, 0.764

Fibonacci Extension Levels0, 0.382, 0.618, 1.000, 1.382, 1.618

Antara paras2 yg terpenting ialah 61.8%(0.618) dan 38.2%(0.382)

Penggunaan fibo lebih kepada support dan resistance. Yg mana trader akan menjangkakan diamanakah market akan berhenti, dimanakah market akan bertukar arah dan sebagainya.

Teori 2. Elliott Wave
Elliott wave ialah satu teori yg mana menunjukkan tentang kitaran sesuatu wave itu sendiri. Teori EW menyatakan bahawa setiap gelombang itu mempunyai kitaranya sendiri yg dibahagikan kepada 2, dipanggil; Impulse wave dan Corrective wave.
Impulse wave dibahagikan kepada 5 bahagian, 1-2-3-4-5 manakala corrective wave pula dibahagikan kepada 3 a-b-c.

Antara syarat2 utama untuk menggunakan teknik ini ialah trader mestilah mempunyai pemahaman yg sgt mendalam ttg pergerakan wave itu sendiri. Syarat penggunaan yg biasa ialah;-
Wave2 akan turun tidak lebih dari permulaan wave1.-
Wave 3 akan naik melebihi puncak wave 1.-
Wave 4 akan turun tidak melebihi puncak wave 1.-
Wave 4 akan naik melebihi puncak wave 3.-
Wave B akan naik tidak melebihi puncak wave 5.-
Wave C akan turun melebihi bawah wave A.

Walaupun secara asasnya teori ini sgt mudah utk digunakan ttp secara praktikal menunjukkan bahawa ianya sgt sukar utk dijangka. Terdpt berbagai2 jenis gelombang yg akan mengelirukan walaupun utk trader yg berpengalaman. Terdapat juga keadaan dimana ianya dipanggil wave within wave (gelombang didalam gelombang).

Teori 3. Pivot Point
Antara teori yg sangat popular dikalangan para trader ialah teknik Pivot Point (PP). Teknik ini adlh sgt popular digunakan sebagai support dan resistance, untk menetukan tahap tertinggi atau terendah sesuatu pergerakan market. Kebiasaannya PP akan datang bersama R1,R2,R3 dan S1,S2,S3. Terdapat berbagai2 pengiraan PP ini, namun secara asasnya pengiraan PP ialah;

PP = (H + L + C)/3
Resistance 1 =(PPx2)-L
Resistance 2 =PP+H-L
Resistance 3 = High + 2*(Pivot - Low)
Support 1 =(PPx2)-H
Support 2 =PP-H+L
Support 3 = Low - 2*(High - Pivot)

Anda tidak perlu utk menghafal semua formula ini kerana sememangnya terdpt byk indikator yg membuat pengiraan ini secara automatik.


Apa itu Fundamental Analysis?
Terdapat byk penjelasan ttg maksud sebenar FA itu sendiri namun, dari sudut forex itu sendiri kami ada terbaca bahawa "FA ialah satu kajian ttg keadaan ekonomi dan politik sesuatu negara berdasarkan prestasi semasa, yg digunakan oleh para trader utk menentukan harga matawang tsb samada didagangkan dgn lebih tinggi atau lebih rendah". Terdapat 2 jenis data yg digunakan didalam FA iaitu;
Quantitative – Sesuatu yg boleh diukur dan dinilai dlm bentuk nombor.
Qualitative – Sesuatu yg berdasarkan kepada kualiti sesuatu, karakter, dan ianya berlawanan dgn nilai2 quantitative.

Apakah FA itu penting?
Sememangnya FA itu sgt penting untuk diambil tahu oleh setiap trader kerana respon yg berlaku hasil daripada FA itu sendiri adlh sgt besar. Namun keadaan pergerakan yg besar dan kadang2 tidak menentu pergerakannya boleh menyebabkan trader untung besar ataupun rugi besar dlm beberapa saat sahaja.
Info tentang FATerdpat byk laman web yg memberikan info ttg news FA samada percuma atau berbayar seperti forexfactory.com , bloomberg.com dsb. Persoalannya apakah news yg bagus? dan apakah news mudah utk ditradingkan?Info2 ini kami dapati di laman web forexfactory.com yg mana menunjukkkan apakah news yg bagus utk ditradingkan. Disini kami berikan contoh2 news yg selalu diperhatikan utk matawang USD.

1. NonFarm Payroll
2. FOMC
3. Trade Balance
4. Consumer Price Index
5. Retail Sale

/*Ini hanyalah contoh2 sahaja. keadaan sebenar mungkin berubah bergantung kpd keadaan semasa.
Selain daripada 5 contoh diatas terdapat byk lagi news/event yg penting yg perlu utk diambil tahu. Anda boleh melihat jadual utk news di website www.forexfactory.com


Money Management Fx
Pertama sekali ialah kenapa perlunya MM?
Jika di tahap satu dan dua, kita membincangkan ttg TA dan FA yg memungkinkan kita utk mendapat keuntungan yg sudah bagus, jadi mengapa perlunya lagi MM didalam forex? Difahamkan bahawa;

A. Tidak ada satu pun di antara beribu2 indikator yg wujud yg mampu memberi 100% win result.

B. Tidak ada seorang pun didalam dunia ini yg mengetahui kearah manakah market sebenarnya akan bergerak

C. Tidak ada seorang pun yg tahu bilakah market sebenarnya akan bergerak maka, cara yg terbaik utk berjaya ialah , meniagakan forex dgn betul (trade the forex correctly), dan memasukkan konsep MM kedalam sistem trading anda.

Pertimbangkan pula keadaan ini, (the negative side of forex trading/what make you loss - rajautara The Hidden Fortress) ;
1. Too much volatile - terlalu byk pergerakan naik/turun yg mendadak
2. News manipulation - manipulasi berita
3. Political Event - acara politik
4. Internet connection - keadaan sambungan internet
5. Server issue - masalah server
6. Greed and Fear - sifat takut dan tamak
7. Human error - kesilapan manusia
8. Low capital - modal yg rendah
9. Low economic knowledge - pengetahuan ekonomi yg rendah
10. Low chart understanding - pengetahuan chart yg rendah

Jadi secara logiknya, jika A,B,C dan 1 hingga 10, adalah keadaan yg langsung tidak menyebelahi trader, maka dimanakah peluang kita utk menang?
Disinilah MM memainkan peranannya.

% margin
Kebanyakan website menyarankan utk menggunakan MM tidak lebih dari 3% margin, malah Alexander Elder sendiri menyarankan kurang dari 2%. Timbul persoalan, kenapa pula para professional trader yg bagus tidak berani mengambil risiko yg lebih dari 3% utk setiap trading mereka sedangkan mereka mempunyai berbagai2 indikator yg bagus dan info yg bagus dan sebagainya?

Disinilah pengalaman mereka menyatakan bahawa tidak ada satu bendapun yg pasti didalam forex, jadi mengapa ingin mengambil risiko tersebut?
Bagi kami, dlm proses pembelajaran 3% adalah sgt lojik. Jika anda baru berjinak2 didalam dunia forex, mengapa perlu utk menggadaikan wang terhadap sistem yg anda baru pelajari ataupun teknik2 yg baru? Cukuplah sekadar 3% ataupun anda menggunakan virtual akaun sebagai satu eksperiment. Jika hasilnya adalah bagus maka barulah anda menggunakan live money (duit betul) utk trade.

Contoh penggunaan MM
Secara asasnya, pengiraan MM jika diambil kira penggunaannya di MV dan jumlah risiko yg diambil ialah 3%, maka

Cth katakan;

Wang anda = $1000 x 3% = $30
Pada leverage 1:100 dan Spread GU = -5pips (spread hendaklah diambil kira)
Quantity = 3000 ET=60pips dan SL=50pips (kira SL dan ET sebelum open pos)
Menang = $18, Kalah = -$15 (inilah hasil dari MM tersebut)

Semestinya anda diwajibkan utk membuat kajian sebelum membuka pos utk mengambil posisi menang, namun melalui matematik, anda sudah sepatutnya tahu berapakah yg anda akan rugi utk setiap posisi yg telahpun dibuka.



Disiplin Trader Fx
Salah satu bahagian yg terpenting didalam ilmu forex ialah DISIPLIN. Terdapat berbagai2 penerangan/cara2 ttg displin yg banyak ditakrifkan mengenai forex. Seperti halnya anda mempelajari ttg cara2 penggunaan indikator sehingga anda mahir dan mampu untuk mencipta indikator anda sendiri, berdasarkan pengetahuan anda, pengalaman, sifat2 serta ciri2 trading anda, sifat2/ciri2 diri anda sendiri, makanya disiplin trader juga sama. Anda perlu mempelajari ttg cara2 menjadi seorang trader yg berdisiplin melalui pembacaan atau pertanyaan kpd org2 yg pakar, serta akhirnya mencipta disiplin anda sendiri yg bersesuaian dgn ciri2 trading anda.

Kawal Emosi
Didalam forex, emosi sgt memainkan peranan penting dlm menentukan menang atau kalah, byk atau sedikit. Tolong kawal emosi anda diantara loss mahupun profit. Trader yg bagus hampir tidak menunjukkan emosi mereka semasa trading. Samada mereka profit atau jika mereka loss. Jika mereka dlm keadaan profit, maka ET akan menutup posisi tsb, manakala jika mereka rugi, SL akan menutup posisi tsb. Jgn ada istilah utk anda membalas dendam (revenge the market) kpd market jika anda dlm keadaan rugi. Tetapkan jumlah keuntungan/kerugian yg anda boleh terima utk sehari, maka setelah mencapai sasaran itu, terus keluar dari market, lakukan kajian, dan kembali semula dgn startegi baru yg lebih bagus dan mantap. Jgn terburu2 utk mengaut keuntungan mahupun membalas dendam kpd market.

Senario dibawah mungkin pernah berlaku kepada sesiapa shj;

27/1/2007
Azam : Signal RSI - long, MCD - long, open Long pos ET60 SL50 - Ali win $200

28/1/2007
Azam : Keadaan yg sama, signal yg sama - Signal RSI - long, MCD - long, open Long pos ET60 SL50 - Ali loss -$170
Azam : Revenge market - terburu2 membuka posisi yg baru utk mengaut kembali keuntungan, Keadaan yg sama, signal yg sama - Signal RSI - long, MCD - long, open Long pos ET60 SL50 - Azam loss lagi -$170 (jumlah semua loss -$340)

Apa yg sebenarnya berlaku disini ialah EMOSI yg tidak terkawal, teruja dgn kemenangan yg lepas menyebabkan Azam hilang pertimbangan. Jgn biarkan diri anda menjadi spt Azam. Lakukan kajian utk setiap posisi yg anda akan buka.

Yakin
Yakin disini dalam erti kata sebenar ialah keyakinan terhadap sistem yg digunakan. Setiap posisi yg diambil, hendaklah dibuat dgn penuh pertimbangan berdasarkan kajian (TA mahupun FA) dan juga konsep MM yg bersesuaian dgn anda. Maka setelah keputusan dibuat, hendaklah diletakkan keyakinan terhadap keputusan tsb.ET/TP dan SL telahpun dipertimbangkan sebelum membuka posisi lagi, dan hendaklah yakin dgn keputusan anda terhadap ET dan SL tsb.

Sentiasa uji sistem
Utk berjaya didalam forex anda perlu lebih kreatif dan sentiasa berada satu langkah dihadapan. Setiap sistem yg anda pelajari mahupun yg anda cipta sendiri pastinya ada kelemahan dan kelebihannya, maka anda perlu utk menguji sistem tsb utk setiap keadaan/kemungkinan. Secara teorinya, setiap indikator adlh sesuai utk setiap jenis pair, paten chart mahupun timeframe namun realitinya tidak sebegitu. Uji sistem anda dlm setiap keadaan seperti;

Pair yg sesuai - EUR/USD, GBP/YEN dsb
Timeframe yg sesuai - 15min? 30min?
Paten chart - Trending? consolidate? choppy?

Setelah ujian2 dilakukan maka anda akan dpt melihat apakah keupayaan sebenarnya sistem anda. berapa % utk anda win, berapa % margin yg sesuai dsb.

Teruskan belajar
Kebanyakan trader akan cepat berpuas hati apabila mereka telah menemukan satu sistem/cara yg sgt bagus utk trading. Namun berdasarkan pengalaman, pasaran itu sendiri adalah sesuatu yg hidup maka pasaran itu sendiri akan mencabar kepercayaan dan pertimbangan anda terhadapnya. Sentiasa mempelajari sesuatu yg baru samada indikator, disiplin, psikologi dsb, akan menjadikan anda lebih bersedia utk menhadapi sebarang kemungkinan yg bakal berlaku. Teruskan belajar ilmu forex kerana dunia forex adalah sgt luas dan tidak mungkin dpt dikuasai oleh seorang individu sahaja.

Image Hosted by ImageShack.us