Welcome to ForexCyber

Tempat Rujukan Info Forex Anda

" Forez ibarat harta karun dunia yang penuh dengan perangkap bahaya..Kita harus licik dan pintar mengatasi perangkap-perangkap itu supaya kita dapat mengambil harta karun itu dengan selamat..."

Sebarang cadangan, pertanyaan dan saranan sila email
ke ( support@forexcyber.tk
)

Kemahiran mengendalikan perniagaan matawang ( FX ) amat penting untuk dipelajari oleh mana-mana trader yg ingin berjaya dalam FOREX. Ramai trader yang kurang mengambil perhatian berkenaan hal ini kerana beranggapan bahawa trading FX amat senang. Boleh dikatakan hanya dengan klik sahaja pada mouse trading sudah dapat dilaksanakan. Kemudian tunggu, sampai sasaran untung yg ditetapkan, tutup trading. Itu sahaja. Kalau nasib baik untung kalau nasib sebaliknya rugi.
Keadaan untung dan rugi adalah senario biasa dalam FX, namun dalam perniagaan ini, kerugian boleh dielakkan jika tahu caranya. Dalam info FOREX kali ini saya akan berkongsi pengalaman dengan anda bagaimana trading FX yang tidak akan mengalami kerugian sama sekali. Malah jika anda mempraktikkannya anda hanya akan memperolehi keuntungan sahaja.


FORMULA ANALISIS MAKLUMAT

Menganalisis maklumat dalam peniagaan FX adalah satu kemestian. Ia sama seperti mengetahui apa kehendak pasaran dalam perniagaan konvensional. Jika anda berniaga sebagai peniaga ayam daging, maklumat pasaran akan menentukan berapa banyak ayam anda akan jual dalam sesuatu masa.
Jika trend musim perayaan umpamanya, tentu anda akan menjual lebih banyak ayam kerana trend pasaran pelanggan pada musim perayaan akan makan lebih banyak ayam. Dengan itu anda akan memperolehi lebih banyak untung dalam musim berkenaan kerana anda menjual lebih banyak ayam.


Begitu juga keadaannya dalam trend pasaran harian dalam waktu tertentu. Jika waktu pagi, ramai pelanggan akan ke pasar membeli keperluan barang basah seperti ikan, ayam, sayur dan sebagainya, berbanding waktu petang. Oleh itu jumlah bekalan barangan yg anda jual pada waktu pagi tentu lebih banyak berbanding waktu petang. Dengan itu rutin harian pasaran sedemikian akan menguntungkan anda, jika anda telah mengetahuinya.


Dalam perniagaan FX anda tidak menjual barang, tetapi menjual dan membeli duit. Oleh itu analisis pasaran perlu diketahui dari semasa ke semasa supaya dapat menentukan berapa banyak wang yang anda akan beli dan berapa banyak wang yang akan anda jual dalam sesuatu masa. Jika analisis anda tepat berkenaan senario pasaran pada sesuatu masa yg berkenaan, maka anda akan dapat memaksimumkan untung.
Dengan kata lain menganalisis pasaran bertujuan untuk mengetahui lebih awal akan keadaan pasaran sebelum anda bertindak membuat keputusan sama ada ingin BUY atau SELL. Kunci kejaya sebenar dalam FX ialah mengetahui keadaan pasaran LEBIH AWAL sebelum anda buat trading.


3 KEMAHIRAN UTAMA TRADING FOREX

Terdapat 3 kemahiran utama yang mesti dikuasai oleh seseorang trader jika ingin menjadi seorang trader yang berjaya. Pertama menguasai kemahiran membuat ANALISIS ASAS, kedua menguasai kemahiran membuat ANALISIS TEKNIKAL dan ketiga mengetahui formula MENAHAN ASAKKAN keadaan pasaran yang tidak menentu.


ANALISIS ASAS UNTUK MENENTUKAN TREND PASARAN SEMASA

Analisis asas adalah news atau berita yang mempengaruhi keadaan pasaran keseluruhan. News akan menceritakan keadaan pasaran dalam zon masa tertentu, sama ada trend pasaran menaik atau menurun. News juga akan menentukan berapa lama trend pasaran menurun atau menaik dalam zone masa tertentu.
Terdapat 3 zone masa pasaran FX yang utama iaitu pagi, petang dan malam. Bagi kita di Malaysia, zone masa pagi bermula sekitar 9.00 hingga 2.00 petang ( 10 -30 mata..ASIA ), zone petang dari pukul 2.00 ptg hingga 8.00 ( 10 - 70 mata…EROPAH ) ptg dan zone malam dari 8.00mlm hingga 1.00 pg ( 10 - 100 mata…EROPAH ).

Jika ketiga-tiga zone masa telah diketahui trend pasarannya, maka seseorang trader lebih mudah membuat keputusan sama ada untuk BUY atau SELL dalam sesuatu zone time yang berkenaan. Oleh itu urus niaga dapat dijalankan dengan tenang dan selesa kerana keadaan pasaran telah dijangka.Tegasnya news adalah penting untuk menentukan trend pasaran dalam zone masa yang berkenaan sama ada menaik atau menurun.

ANALISIS TEKNIKAL UNTUK MENENTUKAN SASARAN UNTUNG

Namun setelah news diketahui, perkara kedua yang harus diberi perhatian ialah berapa banyak untung yang menjadi sasaran pada hari berkenaan. Jika seseorang trader ingin mencapai sasaran untung yang tinggi, trader harus peka pula dengan analisis teknikal.

Dalam analisis teknikal, keadaan pasaran zone pagi selalunya tidak menentu. Dalam zone pagi suasana pasaran selalunya sangat kerap turun dan naik. Ia di panggil YOYO time. Target untung tidak banyak ia berlegar sekitar 5 hingga 10 pips sahaja.Manakala zon petang keadaan pasaran agak lega. Sasaran target untung anda 10 hingga 30 pips. Manakala zon yang paling cergas adalah zon malam iaitu antara 9.00mlm hingga 1.00pgi. sasaran target untung antara 10 hingga 100 pips. Jika news memberangsangkan pada hari berkenaan anda boleh mencapai 500 hingga 1000 pips hanya dalam satu malam.

Jika sasaran untung anda tinggi, adalah lebih baik anda buat trading diwaktu malam. Jika sasaran untung anda sederhana atau rendah anda boleh buat trading waktu pagi atau petang. Namun yang paling penting, ambilah sasaran untung yang selesa, tidak terlalu rendah dan terlalu tinggi. Keadaan ini akan dapat menentukan anda sentiasa selesa semasa membuat trading. Malah anda boleh tutup laptop dan boleh buat kerja lain.

Pada masa dahulu, untuk menjadi mahir dalam membuat analisi teknikal ia memerlukan masa yang panjang untuk dipelajari. Anda perlu mempunyai kemahiran khas untuk membuat analisis teknikal jika anda ingin menjadi lebih mahir. Terdapat kursus khas untuk menjadi mahir dan anda perlu mengikutinya selama berbulan-bulan barulah anda mahir.


Namun setelah adanya kemudahan teknologi internet, analisis teknikal menjadi lebih mudah semudah memetik jari anda. Dalam internet banyak sofware analisis forex telah dijual atau boleh disewa. Ia dipanggil SOFTWARE INDICATOR.Software ini beroperasi secara online dari para analisis forex profesional. Tugas mereka hanya membuat analisi teknikal sahaja, iaitu berkenaan keadaan pasaran turun dan naik. Jadi sebelum anda membuat keputusan sama ada BUY atau SELL anda hanya perlu melihat apa petunjuk yang dikeluarkan oleh software indicator berkenaan. Jika petunjuk pada sofware berkenaan menunjukkan sesuai untuk BUY anda buy dan jika SELL anda sell.



Sumber:http://info-outbox.blogspot.com

Image Hosted by ImageShack.us